Monday, 7 May 2012

Rawatan mesra yang menanti anda..

Urutan Badan.
Terdapat 2 jenis urutan yang kami sediakan.
i. Urutan Aromaterapi (relaxing massage) 
   Dapat melancarkan peredaran darah, membuang toksik dalam badan dan menghilangkan stress.
ii. Urutan Kaseh 
   Amat sesuai untuk mereka yang baru lepas bersalin, lemah libido (syahwat) dan mereka yang mempunyai  
   masalah peranakan.

Terdapat 3 jenis mandian seri.
i. Mandi Bunga
Dapat menghilangkan stress,membangkitkan semangat/ aura dalaman dan meningkatkan seri wajah.
Amat sesuai kepada mereka yang dilanda kemurungan, bakal pengantin serta mereka yang keletihan dan stress.

ii. Mandi Susu
Mandian mewah, rahsia kecantikan Cleopatra yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati, lalu menjadikan kulit anda halus, cerah dan gebu.

iii. Mandi Rempah
Kami menyediakan ramuan mandi rempah "Rahsia Nenda" yang mengandungi lebih 128 jenis daun-daun herba, akar kayu dan rempah-ratus yang berupaya merawat masalah dalam wanita seperti lemah peranakan, masalah urat-saraf, angin meroyan, lemah libido serta masalah sukar hamil.


Untuk mereka yang inginkan kulit yang lebih sihat, cantik, halus dan berseri, Callysta juga menyediakan rawatan skrub badan dari 3 pilihan istemewa iaitu coffee scrub yang dapat  membantu menghilangkan selulit, lemon scrub yang dapat menghaluskan kulit  dan ginger scrub yang dapat menghilangkan angin badan (khas untuk ibu-ibu selepas bersalin)

Selain dari itu,rawatan masker badan yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit dan mengekalkan keremajaan kulit juga kami sediakan. Terdapat dalam 3 pilihan iaitu yogurt mask, aloe vera & honey mask dan coconut & honey mask.

No comments:

Post a Comment